Alhamdulillah...kelahiran anak ke2 adalah rezeki yang tidak di sangka-sangka datang dalam hidup Ummi dan Abah..Jangka masa seminggu Ummi menanggung kesakitan untuk melahirkan adik Ammar dan di sertai dengan demam melanda diri Ummi..setiap malam menggigil tubuh Ummi menanggung kesakitan dan demam sehinggakan Ummi ambil keputusan untuk tidak pergi kerja kerana tidak larat..Untuk dijadikan cerita, Abah bawa Ummi pergi mengurut dengan makcik yang biasa Ummi pergi..rupa2nya baby dalam kandungan Ummi duduk songsang, itu yang menyebabkan Ummi terpaksa menanggung kesakitan selama seminggu sehingga keluar lendir bercampur darah..
Ummi jadi takut sebab pengalaman sakit melahirkan abang dulu tidak sama dengan sakit untuk lahirkan adik..tapi Ummi tak mahu tergesa-gesa ke hospital,.pagi keesokkan harinya,Ummi pergi semula ke rumah makcik mengurut tu..selepas makcik tu betulkan kedudukan baby dan bagi Ummi minum minyak selusuh, Ummi balik ke rumah untuk bersiap2 nak pergi ke hospital untuk minta MC sebab sudah dua hari tak masuk kerja, tapi Ummi rasa sakit macam nak melahirkan, terus je Abah bawa pergi klinik untuk pemeriksaan.Rupa-rupanya bukaan sudah 3cm..so, nurse tahan Ummi kat klinik untuk pantau bukaan serviks Ummi..Nurse bagitau sekiranya dalam masa 2 jam masih bukaan sama, beliau akan hantar Ummi ke hospital...
Dalam hati Ummi berdoa supaya dipermudahkan kelahiran anak Ummi yang ke2 ini..dan tidak sampai masa 2jam, bukaan serviks Ummi sudah terbuka 7cm..alhamdulillah..nurse suruh bersalin kat Klinik Kesihatan Bukit Betong je memandangakan kat klinik tersebut sudah ada kemudahan untuk bersalin..Ummi tak sakit beria-ria sangat untuk kelahiran ini, tetapi bukaan cepat terbuka,mungkin dengan izin Allah SWT, Ummi minum minyak kelapa dara sebagai minyak selusuh..
Dalam masa menunggu untuk meneran,Ummi dikejutkan dengan kehadiran seekor ular hitam yang ingin masuk ke ruang menunggu bilik bersalin..kebetulan Abah ada,sementara bersiap2 untuk teman Ummi masa bersalin..dalam kepala Ummi berfikir macam2 apabila munculnya ular hitam tu..tapi Ummi cepat2 pasang ayat Al-Quran dalam handset dan ketika itulah Ummi baru terasa sakit nak meneran..Abah sentiasa di sisi Ummi ketika itu..
Setelah 2jam berhempas pulas meneran sehinggakan nurse ugut Ummi cakap kalau Ummi tak teran elok2,baby akan lemas..Ummi rasa nak marah sebab bukan Ummi saja2 tak mahu teran, tapi Ummi sudah takde tenaga sehinggakan Ummi minta nurse gunting je bahagian bawah supaya baby mudah keluar..tetapi nurse tak mahu tunaikan permintaan Ummi kerana dia yakin Ummi dapat teran tanpa gunting..Alhamdulillah..tepat jam 6.40 petang, 24 NOVEMBER 2013,Ummi selamat melahirkan sorang PUTERA lagi dalam hidup Ummi..Ya.. inilah adik MUHAMMAD AMMAR RIZQY BIN AMIRUDDIN..lahir 3.1kg..lahir di KLINIK KESIHATAN BUKIT BETONG tanpa koyakan faraj dan tanpa jahitan..sekali lagi Ummi diberi kekuatan untuk melahirkan anak2 Ummi secara normal..syukur sangat2 kerana Ummi diberi kesihatan yang baik selepas melahirkan adik Ammar walaupun semasa sakit bersalin, Ummi dilanda demam..
BISMILLAHHIRAHMANIRAHIM Ya Allah,...yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...Segala puji buatMu Allah yang Maha Esa...Ampunkanlah aku di atas segala dosa yang telah ku lakukan.Kau ampunkanlah dosa dosa suamiku,...kedua ibu bapaku dan kedua ibu bapa mertuaku...Kau rahmatilah dan berkatilah hidup mereka di dunia dan di akhirat...sesungguhnya aku amat bersyukur di atas segala kenikmatan yang telah Engkau curahkan... Ya Allah,...Kau rahmatilah anak anak ku..Jadikanlah anak anak ku anak yang soleh dan solehah...Jadikanlah mereka anak yang taat kepadaMu,taat kepada junjungan Rasullullah dan taat kepada kedua ibu bapanya...Berilah kejayaan di dunia dan di akhirat buat mereka..Sesungguhnya tiada Tuhan lain yang disembah melainkan Mu Yang Maha Esa.. AMIIN....
Tuesday, December 24, 2013
Wednesday, June 26, 2013
REZEKI LAGI!!!!!!!!
Tajuk entri kali ini cukup menyentuh perasaan Ummi..alhamdulillah, walaupun dalam keadaan ummi tidak bersedia, namun rezeki dari Allah, tidak mampu untuk ummi tolak…syukur dengan pemberian ini…Muhammad Afiq Syahmi bakal mendapat adik walaupun umur anak Ummi baru 6 bulan…buat masa sekarang,keluarga sebelah Abah tak tahu lagi sebab Ummi tak confirm dengan klinik untuk pemeriksaan kesihatan…
Pada mulanya Ummi segan untuk memberitahu semua orang yang Ummi telah mengandung dalam masa terdekat..macam2 perasaan bermain di dalam kepala Ummi..Ummi tahu mesti ramai yang akan mencemuh Ummi sebab anak Ummi masih kecil lagi…tapi Ummi tidak kisah kerana itu semua rezeki untuk Ummi dan Abah..Ummi redha dengan apa yang telah dianugerahkan oleh Ilahi..
Untuk baby yang ada dalam rahim Ummi, maafkan Ummi..perasaan Ummi sedikit terganggu buat masa sekarang..Ummi hilang focus untuk menjaga kamu…namun jauh di sudut hati, Ummi sentiasa berdoa semoga anak yang Ummi kandung ini sentiasa sihat dan sempurna sifatnya..Ya Allah, ampunilah hambaMu ini..berikanlah kekuatan untukku terus menghadapi dugaan dan cabaran hidup ini…
Sunday, June 9, 2013
~~6th Month Already~~
Alhamdulillah...anak Ummi dan Abah ni sudah pun berusia 6 bulan pada 5 Jun 2013...rupanya anak Ummi sudah semakin besar, tapi syukur sebab tidak banyak karenah...kalau bangun tidur pagi2, terus senyum bila tengok Ummi..tapi kalau la tiada siapa2 sebelahnya, mau tak merengek2,pastu menangis...semua tu sangat indah bagi Ummi..
Awal bulan Jun tu Abah bawa kita jalan2 ke rumah sepupu Abah dekat Kuantan, sambil2 bawa Uwan jumpa anak2 saudaranya..hehehe..apalagi,sepanjang jalan anak Ummi ni tidur je...hehe..samapi je ke Kuantan, iaitu di Taman Perumahan TLDM Balok, berebut2 la mereka semua nak pegang anak Ummi yang cute ni...hehe..kita layan la gambar2 anak Ummi ni...
Awal bulan Jun tu Abah bawa kita jalan2 ke rumah sepupu Abah dekat Kuantan, sambil2 bawa Uwan jumpa anak2 saudaranya..hehehe..apalagi,sepanjang jalan anak Ummi ni tidur je...hehe..samapi je ke Kuantan, iaitu di Taman Perumahan TLDM Balok, berebut2 la mereka semua nak pegang anak Ummi yang cute ni...hehe..kita layan la gambar2 anak Ummi ni...
tengah syok main handset Ummi..
siap gigit2 lagi tu..hehe...
amboiii...suka sangat la kalau Ummi amik gambar dia...hihi
tahan matanya walaupun sudah mengantuk...huarghhh
kenduri time...hehe
teruja nak amik kamera tu..hihi
apa la yang tak kena dengan puting saya ni...hehehe
bukan hisap tapi digigitnye puting tu..adoiiii...
nak balik dah..tatata...
seksi anak Ummi..sepanjang jalan tak pakai baju,panassss..hehe
Thursday, May 9, 2013
~~5th MONTH~~

Anak Ummi genap usia 5 bulan pada 5 MEI 2013, sempena hari mengundi..masa ni kita balik kampung Ummi..jmpa Mak Ngah sekeluarga..nasib baik la anak Ummi tak meragam..senang hati je Ummi tengok..ramai la orang nk main dengan anak Ummi ni sebab anak Ummi ni senyum je..kecuali masa nak tidur, mesti anak Ummi ni masam je mukanya..hehehe...
Sunday, April 28, 2013
PUTUS ASA
Gambar ini merupakan Pam Susu jenama Pureen yang Abah belikan untuk memudahkan Ummi memerah stok susu apabila Ummi masuk keje nanti..tapi kesilapan Ummi adalah tidak memerah susu dan simpan ketika Ummi dalam pantang lagi, akibatnya stok susu Muhammad Afiq Syahmi cukup2 je untuk sehati..Ummi menyesal hingga ke hari ini..pada tiga bulan pertama kelahiran Muhammad Afiq Syahmi, susu banyak sangat2...masuk je bulan ke empat, susu Ummi semakin berkurangan, bermacam2 cara Ummi lakukan, minum air suam banyak2, makan supplement, Wan bagi makan sayur jantung pisang, tapi hasilnya sangat mengecewakan hati Ummi..walaupun anak Ummi sihat, tapi Ummi tahu anak Ummi tidak cukup susu...Ummi nekad tidak mahu campur dengan susu formula kerana Ummi yakin badan Ummi masih mampu menghasilkan susu untuk Muhammad Afiq Syahmi....
Masalah yang Ummi hadapi ketika ini adalah air susu yang tidak mampu diperah sehingga 'kosong' dan mengambil masa yang cukup lama ketika tempoh pemerahan di samping kesakitan setiap kali memerah..Akhirnya Ummi nekad bagitahu Abah yang Ummi hendak cuba bagi makanan tambahan untuk Muhammad Afiq Syahmi...hasil perbincangan Ummi dan Abah, akhirnya kami sepakat untuk beli susu yang berasaskan makanan sunnah Rasulullah SAW..Alhamdulillah, Ummi terjumpa dengan seorang hamba Allah yang perkenalkan Susu Halib's di sebuah laman web...selepas membaca isi kandungan dan khasiat susu tersebut, Ummi mengambil keputusan untuk mencuba kerana Ummi yakin dengan makanan sunnah Rasulullah SAW..

Thursday, April 25, 2013
MENIARAP TIME

yipiiiii!!!!anak Ummi dan Abah dah pandai meniarap..masa umur 2 bulan dulu sekali je Muhammad Afiq Syahmi meniarap, lepas tu terus tak nak...akhirnya sekarang sudah pandai meniarap sendiri, pantang letak atas tilam, terus je meniarap...lepas tu siap angkat punggung pulak tu..hehehehe..nak merangkak dah ke anak Ummi dan Abah ni...hehe....jom layan koleksi gambar-gambar Muhammad Afiq Syahmi meniarap..semua ini Ummi rakam untuk di simpan sebagai kenangan kita bersama kelak...
meniarap tapi memek muka nak menangis..hehe

teruja muka bila Ummi nak amik gambarnya..hihi

Anak Ummi dan Abah yang hensem...Abah la ckp..hahaha
Friday, April 5, 2013
4 MONTH

Alhamdulillah..hari ini 5 April 2013, genap usia anak Ummi 4 bulan...dah semakin besar anak Ummi dan Abah ni...mulut semakin becok berkata-kata walaupun Ummi tak faham bahasanya, tapi Ummi tahu isyarat yang anak Ummi bagi...nak tidur, nak susu, poopoo, gelisah...semakin hari, Ummi semakin faham perangai anak Ummi...kalau nak tidur, mesti ada puting nyonyot kat mulut pastu main kain..tapi Ummi tak galakkan anak Ummi main kain sangat sebab takut lemas...dan semakin hari, semakin jatuh sayang kat anak Ummi sorang ni...indah sungguh perasaan ini dengan adanya pelengkap hidup Ummi dan Abah..
ni gambar anak Ummi dan Abah tengah main kain

suka sangat main kakinya..

tersenyum sambil main lidah...geram je Ummi tengok

senyum sebab nak susu...hihi

Saturday, March 9, 2013
AFIQ SYAHMI - 3MONTH
Alhamdulillah..5 Mac 2013 genap usia anak Ummi 3 bulan..anak Ummi dah pandai senyum,ketawa,meragam bila nk tido dan mcm2 lagi..kadang-kadang Ummi rasa tension bila anak Ummi meragam,tapi apabila Syahmi senyum,perasaan tension tu hilang entah ke mana..begitulah perasaan seorang ibu kan..dalam tegas,ada lembutnya...Ummi bersyukur sangat-sangat kerana diberi ketabahan untuk menjalani ujian dalam kehidupan ini..namun akhir-akhir ini,Ummi rasa sangat sedih kerana susu badan Ummi tak cukup untuk anak Ummi..menangis Ummi kerana Ummi tak mahu campur susu Ummi dengan susu formula..Ummi nak anak Ummi membesar dengan susu dari badan Ummi je..last skali Ummi cari vitamin yang boleh menambahkan air susu khas untuk anak Ummi....kita tunggu dan lihat apa hasilnya ye,sayang....
Monday, March 4, 2013
~~BAJU & DIAPERS BARU SYAHMI~~


hahaha..anak Ummi makin tembam..nampak sangat tembamnye bila pakai baju baru nihh..hehehe..gambar bawah tu,diapers Syahmi yang baru Ummi beli..Ummi beli online je..Ummi beli sebab nak tolong kurangkan beban Abah membeli lampin pakai buang...diapers ni tak perlu buang sebab boleh digunakan semula lepas basuh..jimatttt!!!hehehe
Monday, February 11, 2013
KELUARGA UMMI
bila tgk kawan-kawan Ummi kawin,Ummi terpanggil untuk cerita pada Syahmi tentang majlis perkahwinan Ummi dan Abah plak..hehehe
Gambar ni diambil sempena perkahwinan Ummi dan Abah pada 23 Januari 2012...hensem tak Abah tu??hehehe..Ummi maintain cantik je walaupun tanpa makeup..hehehe..ditimpa perasaan plak Ummi nih..xtakpe,Ummi puji diri sendiri je wlaupun takde org puji...Kenangan bersama keluarga Ummi..haaa..yang Ummi pegang tu Abang Irfan,anak Makngah..ade Tok Ayah,Maklong,paklong,Ayahchik,Chiksue,Makngah,Maknik,Paknik,Makadik,Pakadik dan sepupu-sepupu Syahmi...Ucu sorg je takde dalam gambar ni..masa ni Ucu merajuk,dia takde baju nak pkai masa Ummi kawin..ish2..apalah Ucu nihh..
Nenek Syahmi pun takde dalam gambar ni sebab Nenek terlebih dahulu tinggalkan Ummi dan keluarga untuk menemui Penciptanya...namun,jauh di sudut hati,Ummi tahu Nenek pun turut gembira dengan perkahwinan ini..kalau Nenek masih ade,mesti majlis ini tersusun dan teratur...sebak rasa hati Ummi bl terkenangkan nenek dah tiada di sisi kita semua...
~~WEDDING TIME AT KUANTAN~~
First time Ummi bawa Syahmi berjalan jauh..masa ni Syahmi baru je usia 2 bulan tp macam dah usia berbulan-bulan kan??Ummi bawa Syahmi menghadiri Majlis Perkahwinan sepupu Abah yang berlangsung di Taman Pertanian Jubli Perak Sultan Ahmad Syah Kuantan...cantik sangat kawasan taman ni,tapi sayang, Syahmi masih kecil lagi..hehehe..Sebelum tu Ummi naik traktor pusing2 taman,tapi Abah tak bagi Ummi bawa Syahmi sebab takut basah kena hujan...amboi2 Abah sayang SYahmi je ek???hehehe...Lepas tu Ummi bawa Syahmi bergambar je la atas pelamin...kecik2 dah pandai naik pelamin ye anak Ummi..suka sangat bergambarnye..
SYAHMI DAN RAGAMNYA
Syahmi baru je lepas mandi,pakai baju biase2 je dulu sebelum g majlis perkahwinan tengahari nanti..masa ni Syahmi ajak Abah main jekk..mula2 lawan tido dengan Atok,tapi syahmi kalah la sebab Syahmi kena mandi..hehehe...sume orang nak main dengan Syahmi,cubit2 pipi Syahmi...geram tgk Syahmi yang bulat dan montel mcm Abah...hihihi...malam tu Syahmi dera Ummi sebab Syahmi taknak tidooo malam..dah la Ummi sakit kepala, Abah plak demam...kecian Ummi dan Abah kan..huk3...nasib baik ade Mak Teh yang tlg tgk2kn Syahmi,smentara Ummi lelap mata sekejap...pastu Syahmi nangis nak tidooo..bagi susu taknak..tapi nasib baik Syahmi merengek jap je,trus lena atas lengan Ummi...sekarang ni mcm2 gaya dah anak Ummi nk tidooo..mnangis la,merengek la..mcm2 jekkk...hehehe..walau apa pun, Ummi tetap sygkan Syahmi tau...sayang hingga hujung nyawa...waduhhh..Ummi ni ayat power btol laa....hikhik..tapi tak boleh lawan ayat power Abah...hehehehe
Tuesday, February 5, 2013
AFIQ SYAHMI - 2 MONTH ALREADY
Alhamdulillah..hari ini Baby Afiq sudah berusia 2 bulan..hari ini bawa baby Afiq ke Klinik Kesihatan Bukit Betong untuk timbang berat dan cucuk...mesti nangis anak ummi..hehehe..bab kata abah..Syahmi tak nangis la, dia budak hensem macam abah...tergelak ummi dengarnya...tapi jauh di sudut hati ummi, walau buruk sekalipun wajah abah, dia tetap hensem di hati ummi...hensem kerana peribadinya yang sudi menerima ummi walaupun ummi serba kekurangan..alhamdulillah,ummi bersyukur sangat2 dengan kurniaan ini..
Alhamdulillah,anak ummi naik beratnya 1kg..sekarang dah 5kg..patut la ummi rasa lenguh2 je tangan masa dukung Syahmi..yang kelakarnya masa nak timbang tu,nurse suruh buka pampers..ummi buka...tup2 tengak Syahmi poopoo...ummi kena bersihkan dulu sebelum letak atas penimbang..siap sengih2 lagi anak ummi nih...masa nak cucuk lagi best, gosok2 mata rupa2nya nak tidur...ish2,kat mane2 pn Syahmi boleh tidur...bila dah kena cucuk baru dengar suara anak ummi yang kuat,kalau tak,memang tak merasa la nak dengar suaranya...waaaaaaaaaaaaaa...itulah jeritan anak ummi,tapi sekejap je menangis, herolah katakan...terus lentok atas lengan ummi...merengek2 masa dalam kereta sampai atok tegur,manja sungguh anak ummi nihh...hehehe...abah cakap macam ummi manjanya..ye la tuhhh..hihihi
Monday, February 4, 2013
Wednesday, January 30, 2013
~~KELAHIRAN SUNGGUH BERMAKNA~~
1. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.
2. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya.
3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.
4. 80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa 2 minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.
5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.
6. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak.
7. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.
8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.
9. Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa.
10. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji.
DETIK KELAHIRAN ITU
Sedar tak sedar,masa begitu pantas meninggalkan aku...dari seorang anak menjadi hak milik mutlak seorang insan bernama SUAMI...dari seorang isteri, kini aku sudah bergelar seorang ibu kepada seorang cahayamata hati kami...alhamdulillah, tepat jam 11:35 PM, 5 Disember 2012 aku selamat melahirkan seorang insan bernama MUHAMMAD AFIQ SYAHMI BIN AMIRUDDIN yang beratnya hanyalah 2.44kg..detik kelahiran itu disaksikan sendiri oleh suamiku..sgala kesakitan yg ditanggung slama 2 hr terhapus saat menatap wajah polos ini...dgn suami di sisi, aku smakin bersemangat meneran keluar cinta hati kami wlaupun kurasa tubuhku sudah tidak berdaya lagi...namun, demi permata kami, aku tekad utk bertarung nyawaku sendiri..baru kini aku sedar betapa besarnya pengorbanan seorang IBU utk melahirkan insan yang bergelar ANAK.. MUHAMMAD AFIQ SYAHMI...UMMI dan ABAH sayang kamu walau apa pon yg terjadi..UMMI dan ABAH sentiasa doakan kamu akan jadi anak yg soleh, yg akan mendoakan kami di sana nnt...
Friday, January 25, 2013
MUHAMMAD AFIQ SYAHMI YANG DIREDHAI ALLAH DAN RASUL
Alhamdulillah Allah telah meminjamkan Muhammad kepada ibu dan ayah sudah lebih daripada 4 bulan. Muhammad Afiq Syahmi merupakan mujahid yang pertama Ummi dan Abah. Jadi, Muhammad Afiq Syahmi merupakan pengalaman pertama dan eksperimen pertama Ummi dan Abah. InsyaAllah Ummi sedang menyiapkan kajian berkenaan perkembangan Muhammad Afiq Syahmi bermula sejak dilahirkan lagi dengan mengaitkan amalan-amalan sunnah yang diajarkan Rasulullah SAW. Salah satunya adalah penyusuan eksklusif selagi termampu selama 2 tahun. Hanya susu Ummi tanpa makan berjadual. Ummi dan Abah memang sedang menjaga pemakanan Muhammad Afiq Syahmi sebaiknya insyaAllah!

Azam Penyusuan Eksklusif
Bermulalah episod Ummi sebagai seorang ibu kepada da'i kecil, Muhammad Afiq Syahmi. Sunnah Rasulullah yang seterusnya yang Ummi perlu praktikkan kepada Muhammad Afiq Syahmi adalah penyusuan eksklusif selama 2 tahun yang juga merupakan elemen penting dalam kajian Ummi terhadap Muhammad Afiq Syahmi.. insyaAllah dengan izin Allah semestinya. Azam Ummi untuk penyusuan susu ibu bukan sekadar datang semasa mengandungi Muhammad Afiq Syahmi, malah ianya Ummi telah tanamkan sejak sebelum Ummi berkahwin lagi. Tambahan pula, Ummi juga mendapat eksklusif susu ibu hampir 2 tahun iaitu tidak lengkap 2 tahun kerana semasa itu nenek mengandungkan Mak Adik.

Permulaan Cabaran
Cabaran yang pertama adalah puting susu Ummi tidak keluar yakni dengan kata lain, puting susu Ummi pendek..selepas kelahiran, Muhammad Afiq Syahmi menangis kerana tidak mendapat susu..alahmdulillah, jururawat datang membantu Ummi dan bagi kata2 perangsang untuk Ummi meneruskan penyusuan...Cabaran kedua adalah air susu keluar sangat banyak kerana Ummi amalkan makan kurma semasa mengandung di samping urutan tradisional yang telah Wan lakukan pada Ummi! Namun, apa yang sangat menyedihkan, anak Ummi tidur memanjang kerana masalah Jaundis sehingga dimasukkan ke dalam wad..namun, Ummi tetap teruskan memberi Muhammad Afiq Syahmi susu ibu walaupun tengah tidur.. Tidak sanggup berhadapan dengan anak yang kerap menangis kerana kesejukan..bayangkan Muhammad Afiq Syahmi hanya memakai pampers dan diletakkan di bawah cahaya, dalam keadaan aircond yang sangat2 sejuk...Ummi menangis kerana tidak tahan melihat keadaan anak Ummi, akhirnya Ummi angkat dan selimutkan anak Ummi dan baringkan di lengan Ummi sambil menyusu..mujur jururawat tak cakap apa-apa..


Azam Penyusuan Eksklusif
Bermulalah episod Ummi sebagai seorang ibu kepada da'i kecil, Muhammad Afiq Syahmi. Sunnah Rasulullah yang seterusnya yang Ummi perlu praktikkan kepada Muhammad Afiq Syahmi adalah penyusuan eksklusif selama 2 tahun yang juga merupakan elemen penting dalam kajian Ummi terhadap Muhammad Afiq Syahmi.. insyaAllah dengan izin Allah semestinya. Azam Ummi untuk penyusuan susu ibu bukan sekadar datang semasa mengandungi Muhammad Afiq Syahmi, malah ianya Ummi telah tanamkan sejak sebelum Ummi berkahwin lagi. Tambahan pula, Ummi juga mendapat eksklusif susu ibu hampir 2 tahun iaitu tidak lengkap 2 tahun kerana semasa itu nenek mengandungkan Mak Adik.

Permulaan Cabaran
Cabaran yang pertama adalah puting susu Ummi tidak keluar yakni dengan kata lain, puting susu Ummi pendek..selepas kelahiran, Muhammad Afiq Syahmi menangis kerana tidak mendapat susu..alahmdulillah, jururawat datang membantu Ummi dan bagi kata2 perangsang untuk Ummi meneruskan penyusuan...Cabaran kedua adalah air susu keluar sangat banyak kerana Ummi amalkan makan kurma semasa mengandung di samping urutan tradisional yang telah Wan lakukan pada Ummi! Namun, apa yang sangat menyedihkan, anak Ummi tidur memanjang kerana masalah Jaundis sehingga dimasukkan ke dalam wad..namun, Ummi tetap teruskan memberi Muhammad Afiq Syahmi susu ibu walaupun tengah tidur.. Tidak sanggup berhadapan dengan anak yang kerap menangis kerana kesejukan..bayangkan Muhammad Afiq Syahmi hanya memakai pampers dan diletakkan di bawah cahaya, dalam keadaan aircond yang sangat2 sejuk...Ummi menangis kerana tidak tahan melihat keadaan anak Ummi, akhirnya Ummi angkat dan selimutkan anak Ummi dan baringkan di lengan Ummi sambil menyusu..mujur jururawat tak cakap apa-apa..

Friday, January 18, 2013
UMMI, KERJA DAN ANAK
Haaa...macam2 tajuk plak Ummi letakkan..hehe..saja je Ummi nak meriahkan tulisan Ummi..dalam blog inilah tempat Ummi meluahkan perasaan selain sujud kepada Allah SWT..
Berbalik kepada tajuk..Ummi kena masuk kerja setelah habis pantang betul2 44 hari..huhu..terpaksa tinggal Syahmi dengan Wan sekejap, tapi tengahari Ummi balik la jenguk sebab tempat kerja Ummi dekat je dengan rumah atok..jalan kaki pun boleee...hehe..bermulalah rutin harian Ummi sebagai seorang ISTERI,IBU, dan PEKERJA..walaupun penat, tapi tidak terasa penat setelah melihat wajah anak Ummi yang comel dan hensem ni..(Abah cakap la)..hekhek...
Berbalik kepada tajuk..Ummi kena masuk kerja setelah habis pantang betul2 44 hari..huhu..terpaksa tinggal Syahmi dengan Wan sekejap, tapi tengahari Ummi balik la jenguk sebab tempat kerja Ummi dekat je dengan rumah atok..jalan kaki pun boleee...hehe..bermulalah rutin harian Ummi sebagai seorang ISTERI,IBU, dan PEKERJA..walaupun penat, tapi tidak terasa penat setelah melihat wajah anak Ummi yang comel dan hensem ni..(Abah cakap la)..hekhek...
Subscribe to:
Comments (Atom)

























