Tajuk entri kali ini cukup menyentuh perasaan Ummi..alhamdulillah, walaupun dalam keadaan ummi tidak bersedia, namun rezeki dari Allah, tidak mampu untuk ummi tolak…syukur dengan pemberian ini…Muhammad Afiq Syahmi bakal mendapat adik walaupun umur anak Ummi baru 6 bulan…buat masa sekarang,keluarga sebelah Abah tak tahu lagi sebab Ummi tak confirm dengan klinik untuk pemeriksaan kesihatan…
Pada mulanya Ummi segan untuk memberitahu semua orang yang Ummi telah mengandung dalam masa terdekat..macam2 perasaan bermain di dalam kepala Ummi..Ummi tahu mesti ramai yang akan mencemuh Ummi sebab anak Ummi masih kecil lagi…tapi Ummi tidak kisah kerana itu semua rezeki untuk Ummi dan Abah..Ummi redha dengan apa yang telah dianugerahkan oleh Ilahi..
Untuk baby yang ada dalam rahim Ummi, maafkan Ummi..perasaan Ummi sedikit terganggu buat masa sekarang..Ummi hilang focus untuk menjaga kamu…namun jauh di sudut hati, Ummi sentiasa berdoa semoga anak yang Ummi kandung ini sentiasa sihat dan sempurna sifatnya..Ya Allah, ampunilah hambaMu ini..berikanlah kekuatan untukku terus menghadapi dugaan dan cabaran hidup ini…
No comments:
Post a Comment