Alhamdulillah...kelahiran anak ke2 adalah rezeki yang tidak di sangka-sangka datang dalam hidup Ummi dan Abah..Jangka masa seminggu Ummi menanggung kesakitan untuk melahirkan adik Ammar dan di sertai dengan demam melanda diri Ummi..setiap malam menggigil tubuh Ummi menanggung kesakitan dan demam sehinggakan Ummi ambil keputusan untuk tidak pergi kerja kerana tidak larat..Untuk dijadikan cerita, Abah bawa Ummi pergi mengurut dengan makcik yang biasa Ummi pergi..rupa2nya baby dalam kandungan Ummi duduk songsang, itu yang menyebabkan Ummi terpaksa menanggung kesakitan selama seminggu sehingga keluar lendir bercampur darah..
Ummi jadi takut sebab pengalaman sakit melahirkan abang dulu tidak sama dengan sakit untuk lahirkan adik..tapi Ummi tak mahu tergesa-gesa ke hospital,.pagi keesokkan harinya,Ummi pergi semula ke rumah makcik mengurut tu..selepas makcik tu betulkan kedudukan baby dan bagi Ummi minum minyak selusuh, Ummi balik ke rumah untuk bersiap2 nak pergi ke hospital untuk minta MC sebab sudah dua hari tak masuk kerja, tapi Ummi rasa sakit macam nak melahirkan, terus je Abah bawa pergi klinik untuk pemeriksaan.Rupa-rupanya bukaan sudah 3cm..so, nurse tahan Ummi kat klinik untuk pantau bukaan serviks Ummi..Nurse bagitau sekiranya dalam masa 2 jam masih bukaan sama, beliau akan hantar Ummi ke hospital...
Dalam hati Ummi berdoa supaya dipermudahkan kelahiran anak Ummi yang  ke2 ini..dan tidak sampai masa 2jam, bukaan serviks Ummi sudah terbuka 7cm..alhamdulillah..nurse suruh bersalin kat Klinik Kesihatan Bukit Betong je memandangakan kat klinik tersebut sudah ada kemudahan untuk bersalin..Ummi tak sakit beria-ria sangat untuk kelahiran ini, tetapi bukaan cepat terbuka,mungkin dengan izin Allah SWT, Ummi minum minyak kelapa dara sebagai minyak selusuh..
Dalam masa menunggu untuk meneran,Ummi dikejutkan dengan kehadiran seekor ular hitam yang ingin masuk ke ruang menunggu bilik bersalin..kebetulan Abah ada,sementara bersiap2 untuk teman Ummi masa bersalin..dalam kepala Ummi berfikir macam2 apabila munculnya ular hitam tu..tapi Ummi cepat2 pasang ayat Al-Quran dalam handset dan ketika itulah Ummi baru terasa sakit nak meneran..Abah sentiasa di sisi Ummi ketika itu..
Setelah 2jam berhempas pulas meneran sehinggakan nurse ugut Ummi cakap kalau Ummi tak teran elok2,baby akan lemas..Ummi rasa nak marah sebab bukan Ummi saja2 tak mahu teran, tapi Ummi sudah takde tenaga sehinggakan Ummi minta nurse gunting je bahagian bawah supaya baby mudah keluar..tetapi nurse tak mahu tunaikan permintaan Ummi kerana dia yakin Ummi dapat teran tanpa gunting..Alhamdulillah..tepat jam 6.40 petang, 24 NOVEMBER 2013,Ummi selamat melahirkan sorang PUTERA lagi dalam hidup Ummi..Ya.. inilah adik MUHAMMAD AMMAR RIZQY BIN AMIRUDDIN..lahir 3.1kg..lahir di KLINIK KESIHATAN BUKIT BETONG tanpa koyakan faraj dan tanpa jahitan..sekali lagi Ummi diberi kekuatan untuk melahirkan anak2 Ummi secara normal..syukur sangat2 kerana Ummi diberi kesihatan yang baik selepas melahirkan adik Ammar walaupun semasa sakit bersalin, Ummi dilanda demam..
BISMILLAHHIRAHMANIRAHIM Ya Allah,...yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...Segala puji buatMu Allah yang Maha Esa...Ampunkanlah aku di atas segala dosa yang telah ku lakukan.Kau ampunkanlah dosa dosa suamiku,...kedua ibu bapaku dan kedua ibu bapa mertuaku...Kau rahmatilah dan berkatilah hidup mereka di dunia dan di akhirat...sesungguhnya aku amat bersyukur di atas segala kenikmatan yang telah Engkau curahkan... Ya Allah,...Kau rahmatilah anak anak ku..Jadikanlah anak anak ku anak yang soleh dan solehah...Jadikanlah mereka anak yang taat kepadaMu,taat kepada junjungan Rasullullah dan taat kepada kedua ibu bapanya...Berilah kejayaan di dunia dan di akhirat buat mereka..Sesungguhnya tiada Tuhan lain yang disembah melainkan Mu Yang Maha Esa.. AMIIN....

No comments:
Post a Comment