BISMILLAHHIRAHMANIRAHIM Ya Allah,...yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...Segala puji buatMu Allah yang Maha Esa...Ampunkanlah aku di atas segala dosa yang telah ku lakukan.Kau ampunkanlah dosa dosa suamiku,...kedua ibu bapaku dan kedua ibu bapa mertuaku...Kau rahmatilah dan berkatilah hidup mereka di dunia dan di akhirat...sesungguhnya aku amat bersyukur di atas segala kenikmatan yang telah Engkau curahkan... Ya Allah,...Kau rahmatilah anak anak ku..Jadikanlah anak anak ku anak yang soleh dan solehah...Jadikanlah mereka anak yang taat kepadaMu,taat kepada junjungan Rasullullah dan taat kepada kedua ibu bapanya...Berilah kejayaan di dunia dan di akhirat buat mereka..Sesungguhnya tiada Tuhan lain yang disembah melainkan Mu Yang Maha Esa.. AMIIN....

Friday, January 25, 2013

MUHAMMAD AFIQ SYAHMI YANG DIREDHAI ALLAH DAN RASUL

Alhamdulillah Allah telah meminjamkan Muhammad kepada ibu dan ayah sudah lebih daripada 4 bulan. Muhammad Afiq Syahmi merupakan mujahid yang pertama Ummi dan Abah. Jadi, Muhammad Afiq Syahmi merupakan pengalaman pertama dan eksperimen pertama Ummi dan Abah. InsyaAllah Ummi sedang menyiapkan kajian berkenaan perkembangan Muhammad Afiq Syahmi bermula sejak dilahirkan lagi dengan mengaitkan amalan-amalan sunnah yang diajarkan Rasulullah SAW. Salah satunya adalah penyusuan eksklusif selagi termampu selama 2 tahun. Hanya susu Ummi tanpa makan berjadual. Ummi dan Abah memang sedang menjaga pemakanan Muhammad Afiq Syahmi sebaiknya insyaAllah!






Azam Penyusuan Eksklusif
Bermulalah episod Ummi sebagai seorang ibu kepada da'i kecil, Muhammad Afiq Syahmi. Sunnah Rasulullah yang seterusnya yang Ummi perlu praktikkan kepada Muhammad Afiq Syahmi adalah penyusuan eksklusif selama 2 tahun yang juga merupakan elemen penting dalam kajian Ummi terhadap Muhammad Afiq Syahmi.. insyaAllah dengan izin Allah semestinya. Azam Ummi untuk penyusuan susu ibu bukan sekadar datang semasa mengandungi Muhammad Afiq Syahmi, malah ianya Ummi telah tanamkan sejak sebelum Ummi berkahwin lagi. Tambahan pula, Ummi juga mendapat eksklusif susu ibu hampir 2 tahun iaitu tidak lengkap 2 tahun kerana semasa itu nenek mengandungkan Mak Adik.




Permulaan Cabaran
Cabaran yang pertama adalah puting susu Ummi tidak keluar yakni dengan kata lain, puting susu Ummi pendek..selepas kelahiran, Muhammad Afiq Syahmi menangis kerana tidak mendapat susu..alahmdulillah, jururawat datang membantu Ummi dan bagi kata2 perangsang untuk Ummi meneruskan penyusuan...Cabaran kedua adalah air susu keluar sangat banyak kerana Ummi amalkan makan kurma semasa mengandung di samping urutan tradisional yang telah Wan lakukan pada Ummi! Namun, apa yang sangat menyedihkan, anak Ummi tidur memanjang kerana masalah Jaundis sehingga dimasukkan ke dalam wad..namun, Ummi tetap teruskan memberi Muhammad Afiq Syahmi susu ibu walaupun tengah tidur.. Tidak sanggup berhadapan dengan anak yang kerap menangis kerana kesejukan..bayangkan Muhammad Afiq Syahmi hanya memakai pampers dan diletakkan di bawah cahaya, dalam keadaan aircond yang sangat2 sejuk...Ummi menangis kerana tidak tahan melihat keadaan anak Ummi, akhirnya Ummi angkat dan selimutkan anak Ummi dan baringkan di lengan Ummi sambil menyusu..mujur jururawat tak cakap apa-apa..



No comments:

Post a Comment