BISMILLAHHIRAHMANIRAHIM Ya Allah,...yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...Segala puji buatMu Allah yang Maha Esa...Ampunkanlah aku di atas segala dosa yang telah ku lakukan.Kau ampunkanlah dosa dosa suamiku,...kedua ibu bapaku dan kedua ibu bapa mertuaku...Kau rahmatilah dan berkatilah hidup mereka di dunia dan di akhirat...sesungguhnya aku amat bersyukur di atas segala kenikmatan yang telah Engkau curahkan... Ya Allah,...Kau rahmatilah anak anak ku..Jadikanlah anak anak ku anak yang soleh dan solehah...Jadikanlah mereka anak yang taat kepadaMu,taat kepada junjungan Rasullullah dan taat kepada kedua ibu bapanya...Berilah kejayaan di dunia dan di akhirat buat mereka..Sesungguhnya tiada Tuhan lain yang disembah melainkan Mu Yang Maha Esa.. AMIIN....

Sunday, April 28, 2013

PUTUS ASA



Gambar ini merupakan Pam Susu jenama Pureen yang Abah belikan untuk memudahkan Ummi memerah stok susu apabila Ummi masuk keje nanti..tapi kesilapan Ummi adalah tidak memerah susu dan simpan ketika Ummi dalam pantang lagi, akibatnya stok susu Muhammad Afiq Syahmi cukup2 je untuk sehati..Ummi menyesal hingga ke hari ini..pada tiga bulan pertama kelahiran Muhammad Afiq Syahmi, susu banyak sangat2...masuk je bulan ke empat, susu Ummi semakin berkurangan, bermacam2 cara Ummi lakukan, minum air suam banyak2, makan supplement, Wan bagi makan sayur jantung pisang, tapi hasilnya sangat mengecewakan hati Ummi..walaupun anak Ummi sihat, tapi Ummi tahu anak Ummi tidak cukup susu...Ummi nekad tidak mahu campur dengan susu formula kerana Ummi yakin badan Ummi masih mampu menghasilkan susu untuk Muhammad Afiq Syahmi....

Masalah yang Ummi hadapi ketika ini adalah air susu yang tidak mampu diperah sehingga 'kosong' dan mengambil masa yang cukup lama ketika tempoh pemerahan di samping kesakitan setiap kali memerah..Akhirnya Ummi nekad bagitahu Abah yang Ummi hendak cuba bagi makanan tambahan untuk Muhammad Afiq Syahmi...hasil perbincangan Ummi dan Abah, akhirnya kami sepakat untuk beli susu yang berasaskan makanan sunnah Rasulullah SAW..Alhamdulillah, Ummi terjumpa dengan seorang hamba Allah yang perkenalkan Susu Halib's di sebuah laman web...selepas membaca isi kandungan dan khasiat susu tersebut, Ummi mengambil keputusan untuk mencuba kerana Ummi yakin dengan makanan sunnah Rasulullah SAW..


No comments:

Post a Comment