BISMILLAHHIRAHMANIRAHIM Ya Allah,...yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...Segala puji buatMu Allah yang Maha Esa...Ampunkanlah aku di atas segala dosa yang telah ku lakukan.Kau ampunkanlah dosa dosa suamiku,...kedua ibu bapaku dan kedua ibu bapa mertuaku...Kau rahmatilah dan berkatilah hidup mereka di dunia dan di akhirat...sesungguhnya aku amat bersyukur di atas segala kenikmatan yang telah Engkau curahkan... Ya Allah,...Kau rahmatilah anak anak ku..Jadikanlah anak anak ku anak yang soleh dan solehah...Jadikanlah mereka anak yang taat kepadaMu,taat kepada junjungan Rasullullah dan taat kepada kedua ibu bapanya...Berilah kejayaan di dunia dan di akhirat buat mereka..Sesungguhnya tiada Tuhan lain yang disembah melainkan Mu Yang Maha Esa.. AMIIN....

Wednesday, June 26, 2013

REZEKI LAGI!!!!!!!!

Tajuk entri kali ini cukup menyentuh perasaan Ummi..alhamdulillah, walaupun dalam keadaan ummi tidak bersedia, namun rezeki dari Allah, tidak mampu untuk ummi tolak…syukur dengan pemberian ini…Muhammad Afiq Syahmi bakal mendapat adik walaupun umur anak Ummi baru 6 bulan…buat masa sekarang,keluarga sebelah Abah tak tahu lagi sebab Ummi tak confirm dengan klinik untuk pemeriksaan kesihatan…
Pada mulanya Ummi segan untuk memberitahu semua orang yang Ummi telah mengandung dalam masa terdekat..macam2 perasaan bermain di dalam kepala Ummi..Ummi tahu mesti ramai yang akan mencemuh Ummi sebab anak Ummi masih kecil lagi…tapi Ummi tidak kisah kerana itu semua rezeki untuk Ummi dan Abah..Ummi redha dengan apa yang telah dianugerahkan oleh Ilahi..

Untuk baby yang ada dalam rahim Ummi, maafkan Ummi..perasaan Ummi sedikit terganggu buat masa sekarang..Ummi hilang focus untuk menjaga kamu…namun jauh di sudut hati, Ummi sentiasa berdoa semoga anak yang Ummi kandung ini sentiasa sihat dan sempurna sifatnya..Ya Allah, ampunilah hambaMu ini..berikanlah kekuatan untukku terus menghadapi dugaan dan cabaran hidup ini…

Sunday, June 9, 2013

~~6th Month Already~~

Alhamdulillah...anak Ummi dan Abah ni sudah pun berusia 6 bulan pada 5 Jun 2013...rupanya anak Ummi sudah semakin besar, tapi syukur sebab tidak banyak karenah...kalau bangun tidur pagi2, terus senyum bila tengok Ummi..tapi kalau la tiada siapa2 sebelahnya, mau tak merengek2,pastu menangis...semua tu sangat indah bagi Ummi..

Awal bulan Jun tu Abah bawa kita jalan2 ke rumah sepupu Abah dekat Kuantan, sambil2 bawa Uwan jumpa anak2 saudaranya..hehehe..apalagi,sepanjang jalan anak Ummi ni tidur je...hehe..samapi je ke Kuantan, iaitu di Taman Perumahan TLDM Balok, berebut2 la mereka semua nak pegang anak Ummi yang cute ni...hehe..kita layan la gambar2 anak Ummi ni...


tengah syok main handset Ummi..

siap gigit2 lagi tu..hehe...

amboiii...suka sangat la kalau Ummi amik gambar dia...hihi

tahan matanya walaupun sudah mengantuk...huarghhh

kenduri time...hehe

teruja nak amik kamera tu..hihi

apa la yang tak kena dengan puting saya ni...hehehe

bukan hisap tapi digigitnye puting tu..adoiiii...

nak balik dah..tatata...

seksi anak Ummi..sepanjang jalan tak pakai baju,panassss..hehe

Thursday, May 9, 2013

~~5th MONTH~~




Anak Ummi genap usia 5 bulan pada 5 MEI 2013, sempena hari mengundi..masa ni kita balik kampung Ummi..jmpa Mak Ngah sekeluarga..nasib baik la anak Ummi tak meragam..senang hati je Ummi tengok..ramai la orang nk main dengan anak Ummi ni sebab anak Ummi ni senyum je..kecuali masa nak tidur, mesti anak Ummi ni masam je mukanya..hehehe...

Sunday, April 28, 2013

PUTUS ASA



Gambar ini merupakan Pam Susu jenama Pureen yang Abah belikan untuk memudahkan Ummi memerah stok susu apabila Ummi masuk keje nanti..tapi kesilapan Ummi adalah tidak memerah susu dan simpan ketika Ummi dalam pantang lagi, akibatnya stok susu Muhammad Afiq Syahmi cukup2 je untuk sehati..Ummi menyesal hingga ke hari ini..pada tiga bulan pertama kelahiran Muhammad Afiq Syahmi, susu banyak sangat2...masuk je bulan ke empat, susu Ummi semakin berkurangan, bermacam2 cara Ummi lakukan, minum air suam banyak2, makan supplement, Wan bagi makan sayur jantung pisang, tapi hasilnya sangat mengecewakan hati Ummi..walaupun anak Ummi sihat, tapi Ummi tahu anak Ummi tidak cukup susu...Ummi nekad tidak mahu campur dengan susu formula kerana Ummi yakin badan Ummi masih mampu menghasilkan susu untuk Muhammad Afiq Syahmi....

Masalah yang Ummi hadapi ketika ini adalah air susu yang tidak mampu diperah sehingga 'kosong' dan mengambil masa yang cukup lama ketika tempoh pemerahan di samping kesakitan setiap kali memerah..Akhirnya Ummi nekad bagitahu Abah yang Ummi hendak cuba bagi makanan tambahan untuk Muhammad Afiq Syahmi...hasil perbincangan Ummi dan Abah, akhirnya kami sepakat untuk beli susu yang berasaskan makanan sunnah Rasulullah SAW..Alhamdulillah, Ummi terjumpa dengan seorang hamba Allah yang perkenalkan Susu Halib's di sebuah laman web...selepas membaca isi kandungan dan khasiat susu tersebut, Ummi mengambil keputusan untuk mencuba kerana Ummi yakin dengan makanan sunnah Rasulullah SAW..


Thursday, April 25, 2013

MENIARAP TIME




yipiiiii!!!!anak Ummi dan Abah dah pandai meniarap..masa umur 2 bulan dulu sekali je Muhammad Afiq Syahmi meniarap, lepas tu terus tak nak...akhirnya sekarang sudah pandai meniarap sendiri, pantang letak atas tilam, terus je meniarap...lepas tu siap angkat punggung pulak tu..hehehehe..nak merangkak dah ke anak Ummi dan Abah ni...hehe....jom layan koleksi gambar-gambar Muhammad Afiq Syahmi meniarap..semua ini Ummi rakam untuk di simpan sebagai kenangan kita bersama kelak...

meniarap tapi memek muka nak menangis..hehe



teruja muka bila Ummi nak amik gambarnya..hihi




Anak Ummi dan Abah yang hensem...Abah la ckp..hahaha

Friday, April 5, 2013

4 MONTH




Alhamdulillah..hari ini 5 April 2013, genap usia anak Ummi 4 bulan...dah semakin besar anak Ummi dan Abah ni...mulut semakin becok berkata-kata walaupun Ummi tak faham bahasanya, tapi Ummi tahu isyarat yang anak Ummi bagi...nak tidur, nak susu, poopoo, gelisah...semakin hari, Ummi semakin faham perangai anak Ummi...kalau nak tidur, mesti ada puting nyonyot kat mulut pastu main kain..tapi Ummi tak galakkan anak Ummi main kain sangat sebab takut lemas...dan semakin hari, semakin jatuh sayang kat anak Ummi sorang ni...indah sungguh perasaan ini dengan adanya pelengkap hidup Ummi dan Abah..

ni gambar anak Ummi dan Abah tengah main kain



suka sangat main kakinya..



tersenyum sambil main lidah...geram je Ummi tengok



senyum sebab nak susu...hihi



Saturday, March 9, 2013

AFIQ SYAHMI - 3MONTH

Alhamdulillah..5 Mac 2013 genap usia anak Ummi 3 bulan..anak Ummi dah pandai senyum,ketawa,meragam bila nk tido dan mcm2 lagi..kadang-kadang Ummi rasa tension bila anak Ummi meragam,tapi apabila Syahmi senyum,perasaan tension tu hilang entah ke mana..begitulah perasaan seorang ibu kan..dalam tegas,ada lembutnya...Ummi bersyukur sangat-sangat kerana diberi ketabahan untuk menjalani ujian dalam kehidupan ini..namun akhir-akhir ini,Ummi rasa sangat sedih kerana susu badan Ummi tak cukup untuk anak Ummi..menangis Ummi kerana Ummi tak mahu campur susu Ummi dengan susu formula..Ummi nak anak Ummi membesar dengan susu dari badan Ummi je..last skali Ummi cari vitamin yang boleh menambahkan air susu khas untuk anak Ummi....kita tunggu dan lihat apa hasilnya ye,sayang....