Tahun 2016 meninggalkan pelbagai kenangan suka dan duka dalam hidup Ummi. Namun, jadikan kenangan itu semua sebagai pengajaran dalam hidup dan berusaha untuk memperbaiki ke arah yang lebih baik. 
Permulaan tahun Abang Syahmi menghadiri persekolahan pertamanya pada Mac 2016 di Tabika Kemas Kampung Keledek. Ini menandakan anak Ummi yang sulung sudah besar..hehe..Hari pertama Ummi hantar abang Syahmi menangis je..hehe..Abang Syahmi tak mahu duduk di sekolah dengan kawan2..huhu..Ummi susah hati juga sebab Ummi kerja..Kalau Ummi tak bekerja, Ummi boleh tunggu Abang Syahmi semasa sesi persekolahan. Tetapi lama kelamaan, Abang Syahmi sudah semakin pandai berkawan dan menyuruh Ummi masuk kerja lepas hantar dia ke sekolah.. Kebetulan Cikgu yang mengajar Abang Syahmi tu merupakan bekas guru Tabika masa Abah kecik2 dulu..hehe..Cikgu Pie nama panggilannya.. Cikgu Pie cakap mengajar cucu plak..hehe.. 
No comments:
Post a Comment