BISMILLAHHIRAHMANIRAHIM Ya Allah,...yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...Segala puji buatMu Allah yang Maha Esa...Ampunkanlah aku di atas segala dosa yang telah ku lakukan.Kau ampunkanlah dosa dosa suamiku,...kedua ibu bapaku dan kedua ibu bapa mertuaku...Kau rahmatilah dan berkatilah hidup mereka di dunia dan di akhirat...sesungguhnya aku amat bersyukur di atas segala kenikmatan yang telah Engkau curahkan... Ya Allah,...Kau rahmatilah anak anak ku..Jadikanlah anak anak ku anak yang soleh dan solehah...Jadikanlah mereka anak yang taat kepadaMu,taat kepada junjungan Rasullullah dan taat kepada kedua ibu bapanya...Berilah kejayaan di dunia dan di akhirat buat mereka..Sesungguhnya tiada Tuhan lain yang disembah melainkan Mu Yang Maha Esa.. AMIIN....

Tuesday, November 13, 2012

Kenapa doa kita tidak dikabulkan?

Pernah Angah terdengar rungutan seperti "aku buat macam2 dah, doa hari2, setiap waktu aku berdoa, tapi tiada hasil pun". Subhanallah Tidak sepatutnya kita ini, seorang hamba berburuk sangka pada Yang Esa, Allah s.w.t sebab doa yang kita mohon setiap hari beulang kali masih belum dikabulkan. Sebaliknya kita perlu bermuhasabah diri, memperbaiki diri supaya lebih bertaqwa kepadaNya. Cari pada diri sendiri mana silapnya. Kita tidak tahu apa yang akan terjadi esok, Dialah yang Maha Mengetahui segalanya. Jangan berputus asa, jangan berburuk sangka pada Allah. Firman Allah, "Dan Rabbmu menciptakan apa yang Dia kehendaki dan memilihnya. Sekali-kali tidak ada bagi mereka untuk memilih. (al-Qashash ayat 68)" "Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu. Dan boleh jadi pula kamu mengukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu. Allah Maha Mengetahu,sedang kamu tidak mengetahui. (al-Baqarah ayat 216) Jadi, jangan berputus asa, berusahalah muhasabah diri, janji Allah pasti. Usahalah, Tawakkallah..In Sha Allah.. "Ingatlah, bahawa sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat. (al-Baqarah:214)"

Tuesday, September 4, 2012

TIPS KEBAHAGIAAN RUMAH TANGGA

SAyangi dan cintailah suami walaupun kita sedang mengandung...Kadang2 mungkin kita khilaf abaikan mereka semasa kita sarat ni kan...Jom kita renung2 kan tips kebahagiaan rumahtangga ni dari Ustazah Siti Nor Bahyah 8 P TIPS KEBAHAGIAAN RUMAH TANGGA 1. P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan. 2. P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang. 3. P ketiga ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang. 4. P keempat ialah 'perhatian' yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan. 5. P kelima mewakili 'persefahaman' kerana sebagai manusia yang bekerjaya memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing. 6. P keenam membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga. 7. P ketujuh adalah 'percutian' di mana seseorang itu perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin atau gangguan lain. 8. P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

~~MUJUR DOSA ITU TIDAK BERBAU~~

Terkedu seketika kala menatap tajuk di atas, mujur dosa itu tidak berbau. Kalau ia berbau,bagaimana agaknya ya?Akan adakah orang yang akan mendekati kita? Bagaimana baunya??Astaghfirullah.. Sesungguhnya Allah Maha Menyayangi..sentiasa memberi peluang untuk kita menginsafi diri.. Namun,kita harus ingat bahawa hari pengadilan itu tetap ada!Jika di dunia, adakala yang benar dikatakan salah, yang salah pula terlepas bebas. Tapi di akhirat kelak,yang benar tetap benar dan yang salah tetap terima hukumannya. Segala anggota pada tubuh akan berkata-kata,meluahkan apa jua dosa dan pahala yang kita lakukan. Di dunia, kita mampu menyembunyikan dosa daripada pengetahuan manusia lain, namun MUSTAHIL menipu Allah dan diri sendiri... p/s: renungan utk diri sendiri dan juga orang sekeliling...Subhanallah,sungguh byk dosa hambaMU ini..

Tuesday, May 29, 2012

Bila Hati Berbicara...

seringkali ku terluka seringkali ku terjatuh saat aku mencari serpihan kerinduan saat aku menanti sang cinta hadir aku lemas dalam lautan keresahan hati menangis siapa tahu hati terluka tak nampak zahirnya mengalir darah terpercik luka meronta minta diubati sedang hati mencari erti ketenangan cinta hadir tanpa diundang sedang hati masih berbekas rindu mengamit seluruh jiwa bukan daku meminta-minta ia tanpa ku pinta walau hati masih terluka ia tetap datang menyapa mana mampu ku usir mana mampu kuhalang semakin ku lupakan makin kerap ia bertandang Bilakah rindu ini akan hilang?? Walau ku tahu ia tak pernah pudar walau seketika cuma...

~~Kecewa itu Bahagia~~

Kebahagiaan tanpa kekecewaan tidak akan terasa nikmatnya. Berlari tanpa pernah jatuh tidak akan terasa keseronokkannya. Kenapa? Hidup ini peru diwarnai dengan pelbagai warna. Seperti makan. Andai kita kerap kali makan makanan yang sama juga akhirnya akan mengundang bosan dan jemu. Betul? Jadi, kekecewaan adalah salah satu warna kehidupan kita. Kecewa umpama tangga. Bahagia adalah ganjarannya. Siapa yang dapat meniti tangga dengan cekal dan tabah walaupun kadang-kala terasa penat dan lelah, dialah yang akan menjadi insan yang paing bahagia sekali. Percayalah... Saya pernah kecewa kerana gagal dalam kerja, belajar, keluarga, persahabatan dan yang masih berbekas, saya kehilangan insan yang saya sayang untuk selamanya. Sangat sakit tetapi hidup harus diteruskan. Perjuangan ini harus menemui penamatnya tetapi penamat yang bagaimana? Kecewa atau bahagia? Saudaraku... Bangkitlah dari kekecewaan ini agar kita menjadi insan yang terhebat. Berterima kasihlah kepada kecewa dan insan yang membuat kita kecewa kerana mereka yang mengajar kita untuk menjadi insan yang lebih baik daripada mereka. Jangan pernah memandang hina kepada diri sendiri tetapi lihatlah bahawa kita sebenarnya lebih hebat daripada apa yang kita lihat. Kekecewaan ini hanya ujian kecil tanda Allah sedang menyayangi kita dan tidak perah lupa kepada kita. Pandang dari sudut positif kepada kecewa. Kecewa adaah tangga kita menuju bahagia. Tidak semua kecewa itu pahit dan tidak semua bahagia itu manis. Bangkit saudaraku! Senyumah pada diri sendiri. Kita hebat sebenarnya daripada apa yang kita fikirkan. Kita terunggul! Kita hebat! Kekecewaan kali ini adalah jalan untuk kita peroleh yang lebih baik daripada apa yang kita punya hilang kini. Allah sentiasa dengan kita! Alllahuakhbar!

Benih Cinta Kami....Zuriatku dan Suami

alhamdulillah...sdh 4 bln usia perkahwinan kami dan aku bakal menjadi seorg ibu...syukur sgt2 krna rzeki anak dtg awl dlm khdpn kami wlaupn xsmpt lg nk honeymoon..hehehe..namun, aku ttp bersyukurdgn kurniaan ini...skrg usia kandungan dh msk 3 bln..spjg tempoh kehamilan ini,aku tidak mengalami alahan yg teruk cuma mengidam nk mkn mcm2 mknn je...kesian kat myhubby sbb terpaksa mlayan karenah isterinya ini..tp xpe, demi isteri dan anak yg bakal lahir ini, suamiku sggp memenuhi apa jua yg aku idamkan...ape2 pon thanks b sbb mlayan syg dgn baik slma ini...i love u so much, b... Pagi td ke klinik kesihatan utk jmpa dktor...nurse ckp awk ni mengandung ke x sbb perutku xnmpk mcm mngandung...prut hubbyku plak yg maju ke dpn...hehehedktor scan perutku dan aku teruja mlihat baby dlm rahimku..menitis airmataku di saat melihat benih cinta kami sdg bergerak2 aktif...dktor tnjuk jantung baby yg sdg berdenyut2...kaki dan tgn sdh terbentuk smpurna...xsbr nk rasa baby menendang2 dlm perut ini...mummy wait 4 u baby..

Monday, January 23, 2012

DETIK2 LAFAZ SAKINAH...

23/01/2012..tepat jam 12.45 tghari,aku slmt diijabkabulkan dgn insan yg slma ini sntiasa b’samaku ssh dan sngku....alhmdulillah,sgalanya b’jln lancar wlaupun ade sdikit cacat celanya..adatlah dlm ssuatu mjlis..kami diraikan dlm mjlis yg ckp sderhana namun sgt b’mkna dlm hdp kami...saat yg plg bersejarah dlm hdpku, namun pilu trasa di hati krna di saat aku meraikan hari bahagia, ibuku tiada di sisi...namun, aku percaya, ibu turut merestui perkahwinan kami...