BISMILLAHHIRAHMANIRAHIM Ya Allah,...yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...Segala puji buatMu Allah yang Maha Esa...Ampunkanlah aku di atas segala dosa yang telah ku lakukan.Kau ampunkanlah dosa dosa suamiku,...kedua ibu bapaku dan kedua ibu bapa mertuaku...Kau rahmatilah dan berkatilah hidup mereka di dunia dan di akhirat...sesungguhnya aku amat bersyukur di atas segala kenikmatan yang telah Engkau curahkan... Ya Allah,...Kau rahmatilah anak anak ku..Jadikanlah anak anak ku anak yang soleh dan solehah...Jadikanlah mereka anak yang taat kepadaMu,taat kepada junjungan Rasullullah dan taat kepada kedua ibu bapanya...Berilah kejayaan di dunia dan di akhirat buat mereka..Sesungguhnya tiada Tuhan lain yang disembah melainkan Mu Yang Maha Esa.. AMIIN....
Tuesday, September 4, 2012
TIPS KEBAHAGIAAN RUMAH TANGGA
SAyangi dan cintailah suami walaupun kita sedang mengandung...Kadang2 mungkin kita khilaf abaikan mereka semasa kita sarat ni kan...Jom kita renung2 kan tips kebahagiaan rumahtangga ni dari Ustazah Siti Nor Bahyah                            8 P TIPS KEBAHAGIAAN RUMAH TANGGA    1. P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.    2. P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.     3. P ketiga ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.     4. P keempat ialah 'perhatian' yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.     5. P kelima mewakili 'persefahaman' kerana sebagai manusia yang bekerjaya memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.     6. P keenam membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.    7. P ketujuh adalah 'percutian' di mana seseorang itu perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin atau gangguan lain.    8. P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia. 
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment