BISMILLAHHIRAHMANIRAHIM Ya Allah,...yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...Segala puji buatMu Allah yang Maha Esa...Ampunkanlah aku di atas segala dosa yang telah ku lakukan.Kau ampunkanlah dosa dosa suamiku,...kedua ibu bapaku dan kedua ibu bapa mertuaku...Kau rahmatilah dan berkatilah hidup mereka di dunia dan di akhirat...sesungguhnya aku amat bersyukur di atas segala kenikmatan yang telah Engkau curahkan... Ya Allah,...Kau rahmatilah anak anak ku..Jadikanlah anak anak ku anak yang soleh dan solehah...Jadikanlah mereka anak yang taat kepadaMu,taat kepada junjungan Rasullullah dan taat kepada kedua ibu bapanya...Berilah kejayaan di dunia dan di akhirat buat mereka..Sesungguhnya tiada Tuhan lain yang disembah melainkan Mu Yang Maha Esa.. AMIIN....

Tuesday, May 29, 2012

~~Kecewa itu Bahagia~~

Kebahagiaan tanpa kekecewaan tidak akan terasa nikmatnya. Berlari tanpa pernah jatuh tidak akan terasa keseronokkannya. Kenapa? Hidup ini peru diwarnai dengan pelbagai warna. Seperti makan. Andai kita kerap kali makan makanan yang sama juga akhirnya akan mengundang bosan dan jemu. Betul? Jadi, kekecewaan adalah salah satu warna kehidupan kita. Kecewa umpama tangga. Bahagia adalah ganjarannya. Siapa yang dapat meniti tangga dengan cekal dan tabah walaupun kadang-kala terasa penat dan lelah, dialah yang akan menjadi insan yang paing bahagia sekali. Percayalah... Saya pernah kecewa kerana gagal dalam kerja, belajar, keluarga, persahabatan dan yang masih berbekas, saya kehilangan insan yang saya sayang untuk selamanya. Sangat sakit tetapi hidup harus diteruskan. Perjuangan ini harus menemui penamatnya tetapi penamat yang bagaimana? Kecewa atau bahagia? Saudaraku... Bangkitlah dari kekecewaan ini agar kita menjadi insan yang terhebat. Berterima kasihlah kepada kecewa dan insan yang membuat kita kecewa kerana mereka yang mengajar kita untuk menjadi insan yang lebih baik daripada mereka. Jangan pernah memandang hina kepada diri sendiri tetapi lihatlah bahawa kita sebenarnya lebih hebat daripada apa yang kita lihat. Kekecewaan ini hanya ujian kecil tanda Allah sedang menyayangi kita dan tidak perah lupa kepada kita. Pandang dari sudut positif kepada kecewa. Kecewa adaah tangga kita menuju bahagia. Tidak semua kecewa itu pahit dan tidak semua bahagia itu manis. Bangkit saudaraku! Senyumah pada diri sendiri. Kita hebat sebenarnya daripada apa yang kita fikirkan. Kita terunggul! Kita hebat! Kekecewaan kali ini adalah jalan untuk kita peroleh yang lebih baik daripada apa yang kita punya hilang kini. Allah sentiasa dengan kita! Alllahuakhbar!

No comments:

Post a Comment