BISMILLAHHIRAHMANIRAHIM Ya Allah,...yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...Segala puji buatMu Allah yang Maha Esa...Ampunkanlah aku di atas segala dosa yang telah ku lakukan.Kau ampunkanlah dosa dosa suamiku,...kedua ibu bapaku dan kedua ibu bapa mertuaku...Kau rahmatilah dan berkatilah hidup mereka di dunia dan di akhirat...sesungguhnya aku amat bersyukur di atas segala kenikmatan yang telah Engkau curahkan... Ya Allah,...Kau rahmatilah anak anak ku..Jadikanlah anak anak ku anak yang soleh dan solehah...Jadikanlah mereka anak yang taat kepadaMu,taat kepada junjungan Rasullullah dan taat kepada kedua ibu bapanya...Berilah kejayaan di dunia dan di akhirat buat mereka..Sesungguhnya tiada Tuhan lain yang disembah melainkan Mu Yang Maha Esa.. AMIIN....

Wednesday, January 30, 2013

GELAGAT-GELAGAT ANAKKU TIDUR

~~KELAHIRAN SUNGGUH BERMAKNA~~

1. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan. 2. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya. 3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml. 4. 80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa 2 minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan. 5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi. 6. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak. 7. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya. 8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu. 9. Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa. 10. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji.

DETIK KELAHIRAN ITU

Sedar tak sedar,masa begitu pantas meninggalkan aku...dari seorang anak menjadi hak milik mutlak seorang insan bernama SUAMI...dari seorang isteri, kini aku sudah bergelar seorang ibu kepada seorang cahayamata hati kami...alhamdulillah, tepat jam 11:35 PM, 5 Disember 2012 aku selamat melahirkan seorang insan bernama MUHAMMAD AFIQ SYAHMI BIN AMIRUDDIN yang beratnya hanyalah 2.44kg..detik kelahiran itu disaksikan sendiri oleh suamiku..sgala kesakitan yg ditanggung slama 2 hr terhapus saat menatap wajah polos ini...dgn suami di sisi, aku smakin bersemangat meneran keluar cinta hati kami wlaupun kurasa tubuhku sudah tidak berdaya lagi...namun, demi permata kami, aku tekad utk bertarung nyawaku sendiri..baru kini aku sedar betapa besarnya pengorbanan seorang IBU utk melahirkan insan yang bergelar ANAK.. MUHAMMAD AFIQ SYAHMI...UMMI dan ABAH sayang kamu walau apa pon yg terjadi..UMMI dan ABAH sentiasa doakan kamu akan jadi anak yg soleh, yg akan mendoakan kami di sana nnt...

Friday, January 25, 2013

MUHAMMAD AFIQ SYAHMI YANG DIREDHAI ALLAH DAN RASUL

Alhamdulillah Allah telah meminjamkan Muhammad kepada ibu dan ayah sudah lebih daripada 4 bulan. Muhammad Afiq Syahmi merupakan mujahid yang pertama Ummi dan Abah. Jadi, Muhammad Afiq Syahmi merupakan pengalaman pertama dan eksperimen pertama Ummi dan Abah. InsyaAllah Ummi sedang menyiapkan kajian berkenaan perkembangan Muhammad Afiq Syahmi bermula sejak dilahirkan lagi dengan mengaitkan amalan-amalan sunnah yang diajarkan Rasulullah SAW. Salah satunya adalah penyusuan eksklusif selagi termampu selama 2 tahun. Hanya susu Ummi tanpa makan berjadual. Ummi dan Abah memang sedang menjaga pemakanan Muhammad Afiq Syahmi sebaiknya insyaAllah!






Azam Penyusuan Eksklusif
Bermulalah episod Ummi sebagai seorang ibu kepada da'i kecil, Muhammad Afiq Syahmi. Sunnah Rasulullah yang seterusnya yang Ummi perlu praktikkan kepada Muhammad Afiq Syahmi adalah penyusuan eksklusif selama 2 tahun yang juga merupakan elemen penting dalam kajian Ummi terhadap Muhammad Afiq Syahmi.. insyaAllah dengan izin Allah semestinya. Azam Ummi untuk penyusuan susu ibu bukan sekadar datang semasa mengandungi Muhammad Afiq Syahmi, malah ianya Ummi telah tanamkan sejak sebelum Ummi berkahwin lagi. Tambahan pula, Ummi juga mendapat eksklusif susu ibu hampir 2 tahun iaitu tidak lengkap 2 tahun kerana semasa itu nenek mengandungkan Mak Adik.




Permulaan Cabaran
Cabaran yang pertama adalah puting susu Ummi tidak keluar yakni dengan kata lain, puting susu Ummi pendek..selepas kelahiran, Muhammad Afiq Syahmi menangis kerana tidak mendapat susu..alahmdulillah, jururawat datang membantu Ummi dan bagi kata2 perangsang untuk Ummi meneruskan penyusuan...Cabaran kedua adalah air susu keluar sangat banyak kerana Ummi amalkan makan kurma semasa mengandung di samping urutan tradisional yang telah Wan lakukan pada Ummi! Namun, apa yang sangat menyedihkan, anak Ummi tidur memanjang kerana masalah Jaundis sehingga dimasukkan ke dalam wad..namun, Ummi tetap teruskan memberi Muhammad Afiq Syahmi susu ibu walaupun tengah tidur.. Tidak sanggup berhadapan dengan anak yang kerap menangis kerana kesejukan..bayangkan Muhammad Afiq Syahmi hanya memakai pampers dan diletakkan di bawah cahaya, dalam keadaan aircond yang sangat2 sejuk...Ummi menangis kerana tidak tahan melihat keadaan anak Ummi, akhirnya Ummi angkat dan selimutkan anak Ummi dan baringkan di lengan Ummi sambil menyusu..mujur jururawat tak cakap apa-apa..



Friday, January 18, 2013

UMMI, KERJA DAN ANAK

Haaa...macam2 tajuk plak Ummi letakkan..hehe..saja je Ummi nak meriahkan tulisan Ummi..dalam blog inilah tempat Ummi meluahkan perasaan selain sujud kepada Allah SWT..
Berbalik kepada tajuk..Ummi kena masuk kerja setelah habis pantang betul2 44 hari..huhu..terpaksa tinggal Syahmi dengan Wan sekejap, tapi tengahari Ummi balik la jenguk sebab tempat kerja Ummi dekat je dengan rumah atok..jalan kaki pun boleee...hehe..bermulalah rutin harian Ummi sebagai seorang ISTERI,IBU, dan PEKERJA..walaupun penat, tapi tidak terasa penat setelah melihat wajah anak Ummi yang comel dan hensem ni..(Abah cakap la)..hekhek...

PERMATA HATI UMMI & ABAH

Alkisah lahirnya seorang insan yang diberi nama MUHAMMAD AFIQ SYAHMI BIN AMIRUDDIN Tanggal 5 Disember 2013,Ummi selamat melahirkan seorang putera, hadiah yang paling berharga untuk Abah setelah dua hari menahan kesakitan bersalin.. MasyaAllah,sungguh hebat dugaanMU kepada Ummi saat-saat melahirkan zuriat cinta hati kami…namun,dengan kudrat yang berbaki, ummi hadapi jua untuk melahirkan kamu.. Alhamdulillah, anak Ummi akhirnya dapat melihat dunia jua.


Tuesday, November 13, 2012

Kenapa doa kita tidak dikabulkan?

Pernah Angah terdengar rungutan seperti "aku buat macam2 dah, doa hari2, setiap waktu aku berdoa, tapi tiada hasil pun". Subhanallah Tidak sepatutnya kita ini, seorang hamba berburuk sangka pada Yang Esa, Allah s.w.t sebab doa yang kita mohon setiap hari beulang kali masih belum dikabulkan. Sebaliknya kita perlu bermuhasabah diri, memperbaiki diri supaya lebih bertaqwa kepadaNya. Cari pada diri sendiri mana silapnya. Kita tidak tahu apa yang akan terjadi esok, Dialah yang Maha Mengetahui segalanya. Jangan berputus asa, jangan berburuk sangka pada Allah. Firman Allah, "Dan Rabbmu menciptakan apa yang Dia kehendaki dan memilihnya. Sekali-kali tidak ada bagi mereka untuk memilih. (al-Qashash ayat 68)" "Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu. Dan boleh jadi pula kamu mengukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu. Allah Maha Mengetahu,sedang kamu tidak mengetahui. (al-Baqarah ayat 216) Jadi, jangan berputus asa, berusahalah muhasabah diri, janji Allah pasti. Usahalah, Tawakkallah..In Sha Allah.. "Ingatlah, bahawa sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat. (al-Baqarah:214)"