BISMILLAHHIRAHMANIRAHIM Ya Allah,...yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...Segala puji buatMu Allah yang Maha Esa...Ampunkanlah aku di atas segala dosa yang telah ku lakukan.Kau ampunkanlah dosa dosa suamiku,...kedua ibu bapaku dan kedua ibu bapa mertuaku...Kau rahmatilah dan berkatilah hidup mereka di dunia dan di akhirat...sesungguhnya aku amat bersyukur di atas segala kenikmatan yang telah Engkau curahkan... Ya Allah,...Kau rahmatilah anak anak ku..Jadikanlah anak anak ku anak yang soleh dan solehah...Jadikanlah mereka anak yang taat kepadaMu,taat kepada junjungan Rasullullah dan taat kepada kedua ibu bapanya...Berilah kejayaan di dunia dan di akhirat buat mereka..Sesungguhnya tiada Tuhan lain yang disembah melainkan Mu Yang Maha Esa.. AMIIN....

Tuesday, April 13, 2010

Dilamun CiNtA???

Kita takkan sedar bila kita akan dilamun CiNtA..tapi yang pasti kita takut kehilangan si DiA..yer ker??betul lah..kita akan cuba mendampingi si DiA..sehari x lihat @ mendengar suaranya..macam CaCiNg kepanasan..hehehee tul ker erk..yer kot..setiap orang ingin Disayangi, Dirindui & Dicintai..;tp jika takut dilambung OmBaK, jgn berumah ditepi Pantai..yer ker??BeTuL laa..CiNtA x boleh dipaksa..Biar ia lahir secara semulajadi dalam diri KiTa..Betapa Angau nyer kita..tul Ker..mmm maybe..hehehee, Restu keluarga juga amat penting, takut akan kecundang ditengah jalan..yer lah Bercinta bagai nak rak..orang tua cakap, LupAkan Dia..Apa keputusan Anda, teruskan atau mengingkari kehendak orang tua???Adab pergaulan harus lah dijaga..Kita orang Islam..Penuh dengan etika dan Kita terkenal dengan Adab kita..hehehee..Betul Lah..

BILA CINTA TINGGAL SEJARAH....

Bila cinta tidak kesampaian, aku bermonolog sendiri dimana silapnya.
Mereka mengatakan jagalah kecantikan mu kerana tiada yang lebih berkesan mengikat kekasih selain kecantikan luaran.
Di depan cermin aku cuba mencari di mana cacat celanya diri ini namun yang aku temui hanya kesempurnaan yang sejak dari mula aku pertahankan demi untuk dia.
Mungkinkah kerana kesempurnaan ini aku sering ditinggalkan? Kata orang kita tidak akan mendapat semuanya dalam hidup ini. Akan ada satu perkara yang kita pasti tidak akan berjaya mendapatnya. Dan bagi aku itu adalah CINTA.

Lagi Petanda Jatuh Cinta…

Kamu berbual dengan si dia sampai lewat tengah malam dan baru saja beberapa minit selepas kamu putuskan talian kamu sudah mula merinduinya… Kamu membaca SMS si dia berulang-ulang kali…seolah-olah masih ada ayat-ayat yang tersembuyi dari pandangan mu Bila bersama dengan si dia kamu berjalan...

Kasih…
Bila malam melabuhkan tirainya hatiku menjadi sayu. Rindu dedam terhadap mu semakin terasa. Terasa kehangatan airmata menitis dipipi bila kerinduan semakin tidak terbendung.

Kekasih…
Hanya bulan pengubat rindu ini. Seperti yang pernah aku katakan kepada mu lewat warkah-warkah ku, bilamana kau merindui ku pandang la bulan dan seru la nama ku. Kerana ketika kau merenung bulan disana aku juga sedang merenung bulan disini. Bila sang bulan menunjukkan dirinya ketahuilah kasih ketika itu rinduku pada mu sedang memuncak. Ingin aku menjatuhkan diri dalam dakapan mu. Pastinya hangat sekali.

Kasih..
bila bulan tidak hadir di langit sana bukan bermakna aku tak rindu kepada mu. Tetapi mungkin bulan terlalu cemburu melihat betapa aku mencintai dan merindui dirimu.

Kasih…
aku rindu pada mu…

KITA DITAKDIRKAN BERSAMA…

Kekasih..
cinta ku terhadap mu semakin subur, mekar dan mewangi di taman asmara ini...
Setiap hari yang berlalu menjanjikan kematangan kepada cinta kita....
Aku sememangnya ditakdirkan untuk mu dan kau ditakdirkan untuk ku...
Peganglah janji cinta kita bahawa kita akan kekal bersama sehingga maut memisahkan. Mari kita buktikan kepada dunia,cinta kita bukan ilusi.
Cinta kita nyata dan abadi...
Sayang...
madah-madah cinta mu menjadi pengikat cinta kita.
Madah-madah cinta mu sentiasa bermain di fikiran ku..
menjadi teman setia dikala sunyi menjadi pengubat rindu dikala berjauhan....
Cinta mu mungkin bukan yang pertama bagi ku tapi aku berharap semoga cinta ini adalah yang terakhir kerana aku tidak mahu berpisah lagi dengan mu sayang…
Aku sudah begitu memuja mu… Aku sudah terlalu cinta kepada mu…

PETANDA JATUH CINTA...

Bila kita bicara soal hati terlalu sukar untuk memahaminya walaupun diri kita sendiri.

Aku pernah menjadi teman biasa kepada dia.. kemudian pertemuan yang kerap membuahkan sesuatu di dalam hati ku. Benarlah kata orang, persahabatan antara perempuan dan lelaki itu sebenarnya tidak akan mungkin terjadi. Pasti akan ada bibit-bibit cinta yang akan lahir, cuma samaada di luahkan atau tidak. Jika tidak maka akan kekallah persahabatan itu sebagai ikatan sahabat.

Tidak seperti kawan-kawan lain yang masih terikat dengan kepercayaan takut digelar “Perigi mencari timba” aku membuat satu keputusan drastik.Jika kita memendamkan sahaja segalanya kita akan dihantui persoalan “What if?”… Aku tidak mahu dihantui persoalan itu seumur hidup. Lagipun what if aku tidak berterus-terang dengan dia tapi sebenarnya dia juga mempunyai perasaan yang sama seperti aku? Pastinya yang rugi aku juga kan. But what if after I tell him everthing dan dia tidak mempunyai perasaan yang sama seperti aku? Risiko yang terpaksa ditanggung jika aku inginkan kepastian…

Tapi adakah ini cinta? Sekarang jika aku tidak melihatnya aku akan begitu merindui dia. Walau hanya melihat dia dari jauh tanpa sempat berbicara dengannya pun hati aku akan berbunga-bunga indah sepanjang hari. Walaupun aku hanya sempat melihat hujung kasutnya sahaja, rindu ku sudah terubat. Melihat dia berjalan beriringan dengan gadis lain bisa membuat hati ku panas. Setiap kali dia datang untuk berbicara dengan aku hati ku berdebar-debar. Kalau ini bukan cinta apa lagi? Hati ku terseksa memendamnya. Untuk meluahkan secara berdepan aku tidak punya kekuatan..

Akhirnya, aku biarkan hubungan itu sepi tanpa noktahnya....biarlaa...andai telah tertulis jodoh antara kami tiada, kupasrah di atas ketentuanNya..sbb Allah telah menjanjikan jodoh yang terbaik buat diriku kelak...tggu dan lihat saja....

Saturday, April 3, 2010

ibukuuuuu...

ibu...
hari ini genap 7 thn kau pergi
kembali ke pangkuan Ilahi.
Nasihatmu ku semat di hati...
Utk panduan hidupku kini...

ibu..
Dari kecil hingga dewasa
Kasih sayangmu sepenuh jiwa...
Bagiku kau terlalu istimewa..
Hadiah Tuhan paling berharga...

ibu..
Ku rindu padamu...
Hanya mampu kukirim doa
Agar rohmu damai sentiasa..
Tanda cinta setiap masa
Dari anakmu....

Thursday, March 25, 2010

khasiat susu ibu..

AMALAN penyusuan susu ibu sering dikaitkan dengan budaya tradisional oleh ibu yang mendakwa diri mereka lebih moden. Pelbagai tanggapan negatif dilemparkan mengenai amalan penyusuan itu dengan menyatakan kaedah itu menyebabkan susuk bentuk badan berubah dan akan kelihatan tidak menarik.

Malah, ada yang mempunyai persepsi memberi susu formula lebih mudah kerana terikut-ikut aliran trend moden yang ingin menjimatkan masa. Tidak kurang juga ada segelintir ibu yang kurang yakin pada diri sendiri untuk menyusukan anak mereka lantaran bimbang payu dara menjadi sakit, bengkak atau menjadi kendur.

Betulkah semua tanggapan sedemikian? Sebenarnya payu dara wanita adalah anugerah Allah yang amat istimewa kerana dapat membekalkan susu untuk anak-anak mereka. Kaedah penyusuan susu badan mengandungi hikmah cukup besar kepada ibu dan anak. Ketahuilah penyusuan itu bukan saja digalakkan dalam Islam malah hal itu diakui pakar pemakanan dan kesihatan yang menyatakan susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi. Hakikatnya pada tahap awal pembesaran seseorang bayi, mereka sangat memerlukan khasiat pemakanan yang baik dan sesuai untuk menghindari sebarang penyakit. Susu ibu mempunyai antibodi yang utama untuk melindungi bayi daripada jangkitan kuman, virus dan bakteria terutama pada bahagian usus dan paru-paru bayi itu. Pemberian susu badan adalah yang terbaik kerana ia sesuai dengan sistem pencernaan bayi. Atas faktor itulah kita dapati bayi yang menyusu badan akan meminum susu lebih kerap berbanding bayi yang meminum susu formula. Hal ini disebabkan susu ibu itu mudah hadam. Ibu seharusnya menyedari seseorang bayi secara fitrahnya tidak dapat menerima makanan yang keras kerana keadaan sistem penghadaman mereka belum mencapai tahap matang.

Justeru, susu ibu lebih sesuai dan berkesan untuk bayi mereka kerana lebih halus dan lembut. Satu faktor yang ibu harus fahami ialah menyusukan bayi dengan susu sendiri dari segi psikologi akan memberi kesan positif pada pertumbuhan dan perkembangan mental.

Hal itu diakui oleh pakar Barat yang mengkaji kebaikan susu ibu. Sekumpulan penyelidik dari Adelaide’s Flinders Medical Centre, Amerika Syarikat melaporkan bayi yang diberi susu ibu 40 peratus lebih cerdas berbanding bayi susu formula. Ini membuktikan susu ibu dianugerahkan Tuhan untuk bayi sepatutnya diambil peluang sepenuh oleh ibu. Susu ibu sangat berkesan untuk perkembangan otak bayi kerana terdapatnya kandungan DHA, iaitu sejenis asid lemak yang mampu bertindak meninggikan tahap perkembangan mental bayi.

Dengan itu dapat difahami jika seseorang bayi menyusui dada ibu lebih kerap dan dalam tempoh yang lama, tentu akan memberi impak positif kepada pertumbuhan dan perkembangan mental. Keadaan ini bersesuaian dengan kehendak Islam yang sangat menggalakkan ibu menyusui bayi mereka.

Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 223 yang bermaksud: “Ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bayi yang ingin menyempurnakannya.” Maksud intipati ayat itu ialah satu kewajipan buat ibu menyusui bayi mereka dan seharusnya menyempurnakan hak bayi untuk menikmati dan mendapat kebaikan susu ibu.

Susu ibu juga pengikat kasih sayang antara ibu dan bayi. Dengan belaian mesra, pelukan erat dalam dakapan ibu akan mengalirkan unsur kasih sayang sejati yang tiada taranya antara ibu dan bayi. Bayangkan, dalam kenikmatan yang tidak ternilai yang dialami bayi semasa proses penyusuan membuatkan bayi itu terlena. Malah, bayi berasa aman, selamat dan harmoni dalam dakapan seorang ibu semasa meminum susu ibu mereka. Indahnya anugerah Allah. Ibu seharusnya bangga dapat menyusukan anak-anak mereka kerana inilah darjat ketinggian seorang ibu yang dianugerahkan Allah yang tidak dikurniakan kepada golongan bapa. Apa tidaknya, kerana susu yang diminum oleh bayi mereka bukan saja sebagai tali pengikat kasih sayang yang luhur murni malah menjadi komponen asas proses pembesaran bayi. Disebabkan itulah dalam Islam mewajibkan seorang anak itu sentiasa menghormati dan menjaga ibu mereka sebagai tanda kasih sayang dan terhutang budi membesarkan mereka. Firman Allah dalam Surah Al-Isra’ ayat 17-23 yang bermaksud: “Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapa dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang antara kedua-duanya sampai lanjut dalam pemeliharaanmu, maka jangan sekali-kali kamu mengatakan kepada kedua-duanya ‘ah’ dan janganlah kamu membantah, menengking dan menyergah mereka dan ucapkanlah perkataan yang mulia.” Alangkah murninya suruhan Allah kepada kita semua dan betapa mulianya darjat kedua-dua ibu bapa kita di sisi Allah. Namun demikian kita amat sedih membaca laporan Kementerian Kesihatan yang dikeluarkan pada 2008 menyatakan budaya penyusuan badan di kalangan ibu di Malaysia kini berada pada tahap sangat rendah, iaitu hanya 14.5 peratus daripada mereka yang mengamalkan kaedah itu kepada bayi sehingga berumur enam bulan. Masalah itu berpunca daripada kejahilan mengenai nilai susu badan, kurang sokongan anggota keluarga dan kaki tangan penjagaan kesihatan serta kembali bekerja sebaik saja tamat tempoh cuti bersalin yang diwajibkan. Menurut laporan itu lagi, faktor lain ialah kesan atau pengaruh iklan komersial makanan bayi yang menggambarkan seolah-olah ia sama manfaatnya dengan susu ibu. Sehubungan itu, kementerian sudah mengambil beberapa langkah untuk mengatasinya. Antaranya ialah merangka kod etika produk formula bayi yang berkuat kuasa pada Ogos tahun lalu bagi melindungi, mempromosi dan menyokong amalan penyusuan susu ibu. Ini adalah langkah tambahan daripada apa yang pernah dilaksanakan pada 1979 yang didapati kurang berkesan. Antara lain Kod Etika Produk Formula Bayi itu memberikan garis panduan yang jelas untuk mengawal promosi yang kompetitif dan mengelirukan golongan ibu. Tujuan utama kod berkenaan ialah untuk memastikan pekilang dan pengedar agar jangan memasar, mempromosi atau mengiklankan produk dalam cara seolah-olah mencabar atau menggambarkan mengatasi mutu dan kualiti terbaik susu ibu.

Sudah tentu langkah kementerian itu kena pada masanya dan sangat berkesan dalam mendidik wanita mengenai kelebihan susu ibu. Sedarilah ibu bahawa penyusuan susu ibu bukanlah sesuatu yang sukar dilakukan dan tidak langsung mendatangkan kesan sampingan kepada diri ibu dan bayi malah menjadi sumber pemakanan terbaik. Gunakanlah anugerah Allah itu sebaik mungkin kerana susu ibu sesuai sepanjang zaman. Binalah keberkatan membesarkan anak-anak dengan memberi susu sendiri. Menepati kehendak agama dan berkhasiat menurut kajian saintifik.