BISMILLAHHIRAHMANIRAHIM Ya Allah,...yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...Segala puji buatMu Allah yang Maha Esa...Ampunkanlah aku di atas segala dosa yang telah ku lakukan.Kau ampunkanlah dosa dosa suamiku,...kedua ibu bapaku dan kedua ibu bapa mertuaku...Kau rahmatilah dan berkatilah hidup mereka di dunia dan di akhirat...sesungguhnya aku amat bersyukur di atas segala kenikmatan yang telah Engkau curahkan... Ya Allah,...Kau rahmatilah anak anak ku..Jadikanlah anak anak ku anak yang soleh dan solehah...Jadikanlah mereka anak yang taat kepadaMu,taat kepada junjungan Rasullullah dan taat kepada kedua ibu bapanya...Berilah kejayaan di dunia dan di akhirat buat mereka..Sesungguhnya tiada Tuhan lain yang disembah melainkan Mu Yang Maha Esa.. AMIIN....

Tuesday, April 13, 2010

KITA DITAKDIRKAN BERSAMA…

Kekasih..
cinta ku terhadap mu semakin subur, mekar dan mewangi di taman asmara ini...
Setiap hari yang berlalu menjanjikan kematangan kepada cinta kita....
Aku sememangnya ditakdirkan untuk mu dan kau ditakdirkan untuk ku...
Peganglah janji cinta kita bahawa kita akan kekal bersama sehingga maut memisahkan. Mari kita buktikan kepada dunia,cinta kita bukan ilusi.
Cinta kita nyata dan abadi...
Sayang...
madah-madah cinta mu menjadi pengikat cinta kita.
Madah-madah cinta mu sentiasa bermain di fikiran ku..
menjadi teman setia dikala sunyi menjadi pengubat rindu dikala berjauhan....
Cinta mu mungkin bukan yang pertama bagi ku tapi aku berharap semoga cinta ini adalah yang terakhir kerana aku tidak mahu berpisah lagi dengan mu sayang…
Aku sudah begitu memuja mu… Aku sudah terlalu cinta kepada mu…

No comments:

Post a Comment