BISMILLAHHIRAHMANIRAHIM Ya Allah,...yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...Segala puji buatMu Allah yang Maha Esa...Ampunkanlah aku di atas segala dosa yang telah ku lakukan.Kau ampunkanlah dosa dosa suamiku,...kedua ibu bapaku dan kedua ibu bapa mertuaku...Kau rahmatilah dan berkatilah hidup mereka di dunia dan di akhirat...sesungguhnya aku amat bersyukur di atas segala kenikmatan yang telah Engkau curahkan... Ya Allah,...Kau rahmatilah anak anak ku..Jadikanlah anak anak ku anak yang soleh dan solehah...Jadikanlah mereka anak yang taat kepadaMu,taat kepada junjungan Rasullullah dan taat kepada kedua ibu bapanya...Berilah kejayaan di dunia dan di akhirat buat mereka..Sesungguhnya tiada Tuhan lain yang disembah melainkan Mu Yang Maha Esa.. AMIIN....

Thursday, April 21, 2011

~~SEKETIKA INI~~

Hidup ini...
tak berakhir dengan mati
ajal hanya perpindahan
daripada mimpi indah
menuju alam abadi

Dunia ini...
sebuah persinggahan
titian dalam perjalanan
bukan pengakhiran
bukan destinasi

Hidup, sebuah perjalanan
Maut, sebuah perpindahan
Dunia, sebuah persinggahan
Akhirat, sebuah destinasi
titian ini singkat
namun...
penentu pada pengakhiran hakiki

Buatlah pilihan
sebelum sampai ketentuan
maka tiada lagi pilihan..

SESUBURNYA EMBUN PAGI....

Teman,
Aku kembali lagi mewarnakan
semula lukisan hatimu
Walau kutahu lakarannya masih
kelihatan kaku dan tak bermaya..
Namun,
Aku dengan rela hati
Wujud semula di sisimu
Meskipun kehadiranku
Tidak kurelai
Kasihmu yang dulu mekar
Tidak pernah kuhargai..
Kesilapanku melukai hatimu
Amat kukesali....

MAMPUKAH AKU???

Mampukah aku menjadi seperti Siti Khatijah?...Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah...Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah...
Penawar hati kekasih Allah...Susah dan senang rela bersama...
Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aishah?...Isteri Rasulullah yang bijak...Pendorong kesusahan dan penderitaan...Tiada sukar untuk dilaksanakan...
Mengalir air mataku...Melihat pegorbanan puteri solehah Siti Fatimah
Akur dalam setiap perintah...Taat dengan abuyanya, yang sentiasa berjuang...Tiada memiliki harta dunia...Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga...
Ketika aku marah...Inginku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah....
Tabah jiwaku...Setabah umi Nabi Ismail...Mengendong bayinya yang masih merah...Mencari air penghilang dahaga...Di terik padang pasir merak...Ditinggalkan suami akur tanpa bantah...Pengharapannya hanya pada Allah...Itulah wanita Siti Hajar....
Dapatkah aku mengikut jejak Siti Rahmah ...permaisuri hidup Nabi Ayub….pasrah dengan dugaan Tuhannya….walau pernah tersungkur kerana jerat syaitan…namun ia kembali
kerana iman yang kuat…telah dijanjikan syurga adalah balasannya….bahagia adalah miliknya…Mampukah aku menjadi wanita solehah?Mati dalam keunggulan iman...Bersinar indah, harum tersebar...
Bagai wanginya pusara Masyitah....

Wednesday, April 20, 2011

DI ATAS NAMA CINTA....

Tika mata
Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan

Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta

Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempuna

Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba
Menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murka-Nya menghukum leka

Diatas nama cinta
Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redha-Nya

Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa

Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai
Nikmat-Nya
Syurga-Nya
Cinta-Nya

Friday, April 8, 2011

UBAT DUKA......

SURAH WAJIB YANG MUJARAB DIAMALKAN




1. SURAH AL-FATIHAH

Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya'Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.


2. SURAH YAASIN

Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur'an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur'an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur'an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.) Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan "At-Mu'ammah" (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban). Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.


3. SURAH AD-DHUKHAAN

Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.


4. SURAH AL-WAQI'AH

Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi'ah pada tiap-tiap malam, insya'Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya'Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat As ar, insya'Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak. Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi'ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi'ah Ayat 35-38 ialah : "Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.


5. SURAH AL-KHAUTHAR

Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya'Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.


6. SURAH AL-KAAFIRUUN

Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur'an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi). Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.


7. SURAH AL-MULK

Sebuah lagi Surah dari Al-Qur'an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya'Allah, akan terselamat dari azab kubur..


8. SURAH AL-IKHLAS

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya : "Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur'an." Siti Aisyah lalu berkata, "Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur'an sebanyak 30 juzuk itu." Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, "Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur'an keseluruhannya. " Dari Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., "Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali. Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : "Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat."


9. SURAH AL-FALAQ

Siti Aisyah menerangkan : "Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.


10. SURAH AN-NAS

Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur'an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati.

Waallahualam.

Monday, August 2, 2010

Bingkisan Doa...

Sekiranya Kita Cinta Kepada Manusia,
Tak Semestinya Manusia Cinta Kepada Kita,
Tetapi Sekiranya Kita Cinta Kepada Allah,
Nescaya Cinta Allah Tiada Penghujungnya.
Sekiranya Kita Cinta Kepada Manusia,
Kita Akan Cemburu Kepada Orang Yang Mencintai
Orang Yang Kita Cintai,
Tetapi Sekiranya Kita Cinta Kepada Allah,
Kita Akan Turut Mencintai
Orang Yang Melabuhkan Cintanya Kepada Allah Juga.
Ya Allah,
Andainya Dia Adalah Jodoh Yang Ditetapkan
Oleh-Mu Kepadaku,
Maka Campakkanlah Dalam Hatiku Cinta Kepadanya Adalah
Kerana-Mu,
Dan Campakkanlah Dalam Hatinya,
Cinta Kepadaku Adalah Kerana-Mu.

Namun,
Andainya Dia Bukanlah Jodoh Yang Ditetapkan Oleh-Mu Kepadaku,
Berikanlah Ku Kekuatan Agar Pasrah Dalam Mengharungi Ujian,
Yang Kau Berikan Kepadaku.

Ya Allah,
Jika Aku Jatuh Cinta,
Cintakanlah Aku Pada Seseorang Yang Melabuhkan Cintanya Pada-Mu, Agar Bertambah Kekuatanku Untuk Mencintai-Mu.

Ya Muhaimin,
Jika Aku Jatuh Cinta,
Jagalah Cintaku Padanya Agar Tidak Melebihi Cintaku Pada-Mu.

Ya Rabbana,
Jika Aku Jatuh Hati,
Jagalah Hatiku Padanya Agar Tidak Berpaling Pada-Mu.

Ya Rabbul Izzati,
Jika Aku Rindu,
Rindukanlah Aku Pada Seseorang Yang Merindui Syahid Di Jalan-Mu.

Ya Allah,
Jika Aku Rindu,
Jagalah Rinduku Padanya Agar Tidak Lalai Aku Merindui Syurga-Mu.

Ya Allah,
Jika Aku Menikmati Cinta Kekasih-Mu,
Janganlah Kenikmatan Itu Melebihi Kenikmatan Indahnya Bermunajat Di Sepertiga Malam Terakhir-Mu

Ya Allah,
Jika Aku Jatuh Hati Pada Kekasih-Mu,
Janganlah Biarkan Aku Tertatih Dan Terjatuh Dalam Perjalanan Panjang Menyeru Manusia Kepada-Mu.

Ya Allah,
Jika Kau Halalkan Aku Merindui Kekasih-Mu,
Jangan Biarkan Aku Melampaui Batas Sehingga Melupakan Aku Pada Cinta Hakiki Dan Rindu Abadi Hanya Kepada-Mu.
Mati Hanya Sekali Jadikannya Pada Jalan Allah,

Sunday, August 1, 2010

mulanya di sini...

sudah lama aku tidak mencoretkan sesuatu dlm paparan ini kerana tiada kesempatan waktu utk aku mencoret bait2 kata...bermulanya hdp aku sbgai seorang graduan yg bakal menggenggam segulung ijazah pd 5 Ogos 2010 nnt..tarikh ini merupakan detik2 keramat bg aku sbgai seorang pelajar kerana inilah impian aku sejak dl lg...ya, impian utk menggenggam segulung ijazah bkn sj utk diriku, malahan utk keluarga tersyg, terutamanya arwah ibu yg xsmpat melihat aku berjaya sehingga ke tahap ini...namun ibu, harapan dan impianmu selama ini tlh aku noktahkan dgn kejayaanku menggenggam segulung ijazah demi pengorbananmu slama ini utkku...ibu, anakmu ini tlh berjaya..kejayaan ini adlh utkmu, ibuku....sgala pesan dan amanatmu slama ini xprnh aku abaikan dan kerana pesananmu itu, aku akhirnya di atas pentas ini..wlaupun ibu sudah tiada di dunia ini, namun xprnh sskali aku merasai kehilanganmu kerana amanatmu slama ini aku junjung demi sebuah cita2 mu yg ingin melihatku berjaya....terima kasih ibu....segulung ijazah ini akn mengubah hdp kt sekeluarga..i'allah...